NOTIS PRIVASI

Data peribadi anda yang dilengkapi di dalam borang ini dan lain-lain data peribadi yang diperolehi oleh Abbott Laboratories (M) Sdn Bhd ("Abbott") pada masa kini atau masa depan,  termasuk maklumat yang kemungkinan disifatkan sebagai data peribadi sensitif di bawah undang-undang (secara kolektif, "Data Peribadi") mungkin akan diproses untuk tujuan pengurusan permohonan keahlian anda, menghantarkan komunikasi mengenai aktiviti promosi atau pendidikan Abbott, untuk memberikan anda maklumat dan berita yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan, penghantaran sampel produk dan baucar Abbott, menerima sebarang maklum balas atau pertanyaan anda mengenai produk Abbott; dan mempertingkatkan produk dan perkhidmatan kami ("Tujuan"). Abbott juga mungkin memproses Data Peribadi anda untuk tujuan tambahan yang berikut:-

  • untuk menghantar maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Abbott;
  • untuk menjalankan penyelidikan pasaran.

(secara kolektif, "Tujuan Tambahan")

Abbott boleh mendedahkan dan memindahkan Data Peribadi kepada pihak ketiga termasuk syarikat gabungan / penyedia perkhidmatan / rakan kongsi perniagaan, yang mungkin terletak di dalam atau di luar Malaysia.

Anda boleh memohon laluan, atau memohon pembetulan Data Peribadi, mengemukakan pertanyaan atau aduan, atau mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa  dengan mengemukakan permintaan itu kepada Abbott Nutrition Careline melalui panggilan di talian 1-800-88-6233 atau e-mel ke abbottnutrition.my@abbott.com.

Diharap maklum bahawa ia akan menjadi kewajipan anda untuk memberikan Data Peribadi untuk Tujuan tersebut, di mana tanpanya pihak Abbott tidak akan dapat menguruskan permohonan keahlian anda dan/atau menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan yang dinyatakan. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menyekat persetujuan anda terhadap Abbott bagi menggunakan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan. Jika anda berbuat demikian, harap maklum bahawa kami mungkin tidak dapat menghubungi anda, memaklumkan tentang produk baru kami, aktiviti yang ditaja atau dijalankan oleh Abbott dan/atau pengendalian analisis pasaran.

Dengan memberikan kami Data Peribadi dan persetujuan secara nyata, anda bersetuju dengan syarat yang dinyatakan berhubungan dengan pemprosesan Data Peribadi anda.